MAKLUMAN KEPADA PESERTA

KEDUDUKAN KERUSI

Kedudukan kerusi adalah berasingan antara lelaki & perempuan. Ini adalah amat sukar untuk membezakan pasangan yang sudah berkahwin atau belum terutamanya yang hadir adalah dikalangan orang muda. Ia juga bagi mengelakkan sebarang masalah seperti buruk sangka & sebagainya.

Setiap pendaftaran telah ditetapkan tempat duduknya yang tersendiri. Ia juga memberi kelebihan kepada pendaftar awal kerana mereka akan mendapat tempat duduk paling hadapan. Justeru sekiranya anda telah mendaftar untuk 2 orang & telah terima pengesahan. Kemudian rakan anda baru maklum & mahu menyertai serta berniat untuk duduk disebelah anda. Sekiranya berpeluang, belum ada pemilik, ia rezeki beliau kerana sekiranya sudah ada pendaftar, mereka akan dapat kerusi lain.

BAWA ANAK

Pihak kami tidak dapat menyediakan Nursery memandangkan Dewan DECTAR tidak memperuntukan bilik extra untuk tujuan tersebut. Sila maklumkan awal sekiranya anda mahu membawa anak untuk memudahkan kami menentukan kedudukan kerusi anda. Ini kerana setiap kerusi ada pemiliknya.

Penganjur tidak mengenakan caj kepada anak-anak di bawah 18 tahun & mereka boleh masuk secara PERCUMA tetapi mereka tidak akan dapat kupon untuk makan kerana makanan terhad pada peserta yang mendaftar sahaja.

Dari segi pengawalan anak-anak, pihak penganjur serahkan kepada ibu bapa untuk mengawal anak-anak dari membuat bising.

DISKAUN PELAJAR 

Sila sertakan kad matrik anda semasa email pendaftaran & pembayaran. Bawa juga semasa program.

No comments:

Post a Comment